Taking too long? Close loading screen.

Metodologi kami

Pengumpulan Data

Projek ini menggunakan dua kaedah pengumpulan data: tinjauan kakitangan media secara online serta wawancara bersama eksekutif media secara online melalui panggilan video. Dua kaedah ini dirancang untuk memahami corak-corak gangguan seksual dalam bilik berita, serta menimbang persepsi oleh pegawai di jawatan-jawatan berkuasa dalam organisasi media.

Maklumbalas tinjauan diberikan secara tanpa nama dan peserta wawancara telah diberikan nama samaran bagi melindungi identiti masing-masing

Pengumpulan data dilakukan sepanjang 20 November hingga 31 Mac.Tinjauan dan wawancara dijalankan secara jarak jauh bagi mematuhi peraturan Covid-19. Semua data dikumpul dalam bahasa setempat. Tinjauan mengambil masa purata selama 19 minit untuk dilengkapkan. Subjek wawancara dikenalpasti dari kalangan organisasi media yang pernah berhubungan dengan WAN-IFRA Women In News dalam kapasiti berbeza (samaada melalui pembangunan kapasiti atau advokasi) dan pihak eksekutif dari organisasi media bersetuju untuk terlibat dalam perbincangan tentang gangguan seksual (tanpa mengambil kira kewujudan hubungan sedia ada atau sebaliknya). Dalam kes kajian dari Rusia, organisasi-organisasi yang pernah menyertai latihan oleh ANRI-Media turut dilibatkan. Secara purata wawancara berlangsung selama 40 minit.

Takrifan, bahasa dan saiz sampel

WIN sedar bahawa bahasa tentang jantina dan seksualiti sentiasa berkembang pesat, termasuk dalam tempoh laporan ini ditulis. Penghalusan pemilihan kata-kata dan takrifannya adalah berdasarkan pemahaman kami tentang perkembangan konsep-konsep kompleks yang berkait dengan jantina dan seksualiti.

Dalam kajian kami, peserta diminta untuk memilih identiti mereka samaada sebagai Wanita, Lelaki atau Tidak Akur Jantina. Bilangan responden yang memilih tidak akur jantina adalah kecil. Walau bagaimanapun, jumlah sampel yang kecil tidak harus bermaksud pengalaman mereka disisihkan. Pada masa yang sama, dari perspektif perangkaan, ia memberikan cabaran kerana adalah sukar untuk menemukan hubungan yang signifikan dari data tersebut. Ujian statistik kebiasaannya memerlukan sampel saiz yang lebih besar bagi memastikan penyebaran yang mewakili jumlah penduduk dan dianggap mewakili kumpulan-kumpulan individu yang diwakilkan oleh keputusan kajian. Oleh itu, adalah amat penting untuk mengambil-kira fakta ini. Data terkumpul menunjukkan bahawa pengalaman berkaitan gangguan seksual tidak boleh diabaikan bagi mana-mana kumpulan. Oleh itu, walaupun bilangan mereka adalah kecil, kami mengambil maklum fakta ini.

WIN mengambil maklum keberagaman dalam saiz, tingkat perkembangan, politik, sistem undang-undang dan ekonomi, geografi, budaya dan sejarah dalam setiap negara. Ini merupakan tujuan kami memberi fokus kepada corak serantau tentan gangguan seksual dalam fasa kajian ini.

WIN menakrifkan gangguan seksual sebagai perbuatan berunsurkan seksual yang tidak diingini serta menyinggung perasaan, mencabul kehormatan individu serta membuat mereka merasa terhina, dimalukan, gerun atau terancam.

Hitungan Gambaran Data

Apabila kedua-dua gangguan seksual lisan dan fizikal dikira untuk sebuah gambaran, hasil gabungan peratusan gangguan fizikal dan lisan digunakan untuk mendapatkan jumlah purata:

*jumlah adalah bersaman jumlah peserta yang menjawab soalan

Data interpretation

Percentages are of the participants of any given region/country – ie) 40% of the 2,005 participants in the study experienced verbal sexual harassment. These are reflected as bubbles in the graphics. If no participant responded they had experienced sexual harassment, the bubble does not appear.